Institut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Antarabangsa
(bermula
Feb 12,2009
melalui surat siaran KP(BPG)0330/227 Jld 15 (89))
|
Jabatan Hal Ehwal
Pelajar Pengenalan Jabatan Hal Ehwal Pelajar ialah
sebuah jabatan yang terlibat secara langsung dengan semua pelajar di
IPBA. Bermula dengan pendaftaran pelajar-pelajar baru, Jabatan HEP membantu pelajar-pelajar meningkatkan pengetahuan dan maklumat mengenai
proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Di samping itu, Program Minggu Pengurusan Pelajar juga bertujuan
untuk mewujudkan suasana selesa dan harmoni sesama pelajar. Di samping membantu
meningkatkan kebajikan pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar juga
mengawal disiplin pelajar dan memberi
khidmat kaunseling. Fungsi Jabatan
1.
Menyediakan program orientasi
pelajar baru yang dapat memenuhi aspirasi IPBA dan
Negara. 2. Menyediakan tempat penginapan yang selesa dan kondusif serta selamat untuk pertumbuhan diri
yang sihat
3.
Menyediakan program motivasi
dan menanamkan nilai murni (seperti
kursus Bina Insan Guru) kearah
pembinaan kendiri yang unggul 4. Menyediakan program pencegahan seperti pencegahan penyalahgunaan dadah supaya pelajar yang
dilahirkan ini bebas daripada penyalahgunaan dadah dan dapat memberi
pendidikan terhadap masalah tersebut
5.
Memupuk keperibadian dan perwatakan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Objektif Jabatan
1.
Memastikan pelaksanaan dasar pendidikan dijalankan dengan sempurna 2. Menguruskan hal ehwal pelajar dengan cekap supaya pelajar mendapat manfaat pada tahap
cemerlang 3. Memantau aktiviti unit-unit supaya melaksanakan tugas mengikut spesifikasi dan mencapai tahap
serta objektif.
4.
Memantau aktiviti Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) melaksanakan aktiviti yang sesuai untuk perkembangan diri pelajar.
5.
Menjadi penghubung (liason) kepada Lembaga Tatatertib jika didapati perlu
seandainya ada perlanggaran tatatertib. Aktiviti Jabatan
|
|
Dibina pada Apr 2, 2008 dan dikemaskini pada August 25, 2009 oleh Pengendali@2006 |